Resepi Satay Ayam Kuah Kacang Sedap dan Mudah

  • administrator
  • Feb 15, 2023

Acara majlis kemaren masih menyisakan banyak nasi tapi lauknya sisa ayam goreng kerana sudah habis dimakan teman kolej. Saya pikir elok juga kalau buat resepi satay ayam dan kuah kacang yang jadi teman nasi putih supaya tiada pembaziran.

Satay ayam biasanya disajikan dengan kuah kacang yang pedas dan gula merah yang dicairkan, serta dihidangkan bersama nasi impit (ketupat) dan acar timun. Ia terdiri daripada potongan daging ayam yang direndam dalam bumbu khas, kemudian ditusukkan pada lidi bambu dan dibakar hingga masak di atas bara api.

Resepi Satay Ayam

Resepi satay ayam sering dihidangkan di kedai-kedai atau gerai-gerai makanan jalanan dan juga di restoran-restoran yang menyajikan hidangan tradisional. Satay ayam merupakan makanan yang sangat popular dan menjadi pilihan yang baik untuk santapan ringan atau hidangan utama pada acara-acara tertentu. Jom kita intai resepi yang boleh di cuba di rumah.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam di potong 12
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 sudu teh garam

Bahan kisar

  • 1/2 kg bawang merah
  • 50 g jintan manis
  • 30 g jintan putih
  • 300 g lengkuas
  • 200 g halia
  • 50 g kunyit
  • 5 batang serai

Cara buat satay ayam

  1. Perap ayam bersama bahan kisar sekitar 6 jam
  2. Tusuk satay dengan lidi sehingga habis.
  3. Siapkan arang dan bakar hingga tinggal bara sahaja.
  4. Bakar hingga masak. Boleh gunakan kipas untuk menstabilkan haba.
  5. Sebelum masak sepenuhnya, renjiskan air perapan dan minyak dengan serai yang diketuk.

Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan

  • 600 gm kacang tanah di sangai
  • 1 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan cili kering di kisar
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2-3 cawan air
  • 5 biji bawang besar
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu besar garam halus

Cara buat kuah kacang

  1. Masak kacang tanah dengan cara di sangai.
  2. Buang kulit kacang dan sejukkan, kemudian direndam seketika sebelum dikisar.
  3. Kisar dengan blender guna air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, nanti jadi bubur.
  4. Mayang bawang besar dan tumis di periuk hingga wangi.
  5. Masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.
  6. Lepas tu, masukkan kacang yang telah di blend kira-kira 2-3 cawan air.
  7. Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam agar ada rasa manis sikit.
  8. Padamkan api dan biarkan ia sejuk

Itulah resepi satay ayam kuah kacang yang boleh saya kongsikan kali ini. Jangan hairan bila lihat kuah kacang belum pekat ketika masih panas kerana ia akan menjadi pekat apabila sudah sejuk. Jadi, pandai-pandailah letakkan air.