Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah

  • administrator
  • Mar 17, 2023

Resepi Nasi Ayam Hainan – Sebahagian anda mungkin belum mengenal nasi ayam hainan sebelumnya. Nasi ini adalah masakan khas Tionghoa, yang juga terkenal di beberapa wilayah di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Singapura. Masakan olahan ayam hainan ini lebih banyak terkenal di Singapura. Tidak ada yang berbeza dari jenis nasi dalam hidangan ini dengan nasi pada umumnya, yang berbeza adalah pada masa pengolahannya.

Pada masa pengolahannya, nasi ayam hainan diberikan sentuhan air rebusan daging ayam, sehingga rasa daging ayamnya dapat meresap dengan menyeluruh. Air rebusan inilah yang kemudian membuat nasi menjadi berbeza dengan rasa nasi pada umumnya. Cara memasukkan air rebusan ayam ini ke dalam nasi adalah tradisi memasak khas masyarakat Hainan dari Tiongkok.

Resepi Nasi Ayam Hainan

Mungkin anda mulai penasaran dengan resepi nasi ayam hainan ini. Tentang apa sahaja bahan-bahan yang dibutuhkan dan bagaimana cara membuat masakan ini. Untuk itu jom kita intai bahan-bahan dan cara membuat nasi ayam hainan paling sedap dan mudah.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • kosher salt
  • 4 inci halia muda
  • 2 batang daun bawang saiz 1 inci

Bahan buat nasi

  • 2 cawan beras – di basuh dan di rendam 10 minit
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 2 sudu besar chicken fat
  • 3 ulas bawang putih – di cincang
  • 1 inci halia muda – di cincang
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 sudu kecil sesame oil
  • 1 sudu kecil kosher salt

Bahan sos ayam

  • 3 sudu besar air rebusan ayam
  • 5 sudu besar light soya sauce
  • 1 sudu besar minyak garlic
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 1 1/2 sudu besar gula

Bahan sos cili

  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu besar sos cili sriracha
  • 4 cili merah
  • sedikit cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 inci halia
  • sedikit garam

Cara masak nasi ayam hainan

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam.
  2. Masukkan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras dan goreng selama 2 minit.
  4. Masukkan minyak sesame dan garam.
  5. Masukkan air rebusan ayam dan beras dalam periuk elektrik.

Cara masak ayam hainan

  1. Lumur ayam dengan garam bahagian luar dan dalamnya.
  2. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam.
  3. Letakkan ayam dalam periuk besar. Rendam dengan air setinggi 1 inci.
  4. Masak hingga air menggelegak.
  5. Lepas tu, perlahankan api selama 30 minit. Cucuk paha ayam dengan chopstik untuk melihat ayam sudah masak.
  6. Tutup api dan keluarkan ayam.
  7. Rendam ayam dengan air ais agar menjadikan ayam rangup dan lembut.
  8. Buang halia dan daun bawang.
  9. Lumurkan ayam dengan minyak sesame luar dan dalam.
  10. Potong beberapa bahagian ayam dan tuang sos ke atasnya sebelum dihidangkan.
  11. Untuk membuat sos cili, kisar semua bahan sos sehingga halus

Demikianlah resepi nasi ayam hainan paling sedap dan mudah yang boleh anda cuba khidmatkan sendiri di rumah. Anda tertarik untuk mencuba membuatnya untuk anggota keluarga anda? Anda boleh hidangkan nasi ayam dengan dark soy sauce, hirisan timun dan sup ayam. Suami dan anak-anak Anda mungkin akan menyukai hidangan khas Tionghoa ini.  Masakan ini boleh menjadi alternatif hidangan makan bersama teman kolej atau majlis.