Resepi Kek Gula Hangus (Kek Sarang Semut)

  • administrator
  • May 21, 2023

Resepi kek gula hangus, kek sarang semut, dan kek sarang lebah adalah kek yang sama. Memang ramai yang gemar sama kek yang satu ini. Setiap kali kawan buat kek gula hangus, sedap pula rasanya, terpikir pula nak buat sendiri.

Namun sudah beberapa kali mencuba selalu jadi tak keruan. Pelbagai tips sudah di cuba untuk mendapatkan sarang semutnya selalu tak jadi. Kek gula hangus ini perlu kenyal tapi tak boleh teksturnya seperti sponge kerana bukan kek namanya.

Resepi Kek Gula Hangus

Kemarin saya nampak teman yang buat resepi kek ini. Bahagia sangat lihat cantiknya corak kek yang di buatnya. Saya pun minta teman ajarkan buat kek gula hangus. Saya catat apa yang di cakap teman. Tapi setelah mencuba sendiri di rumah tetap tak jadi. Setelah beberapa kali percobaan, akhirnya resepi kek gula hangus kukus sedap dan lembut sudah saya temukan rahsianya.

Bahan-bahan

  • 1 1/4 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 125 gm butter
  • 4 biji telur grade A
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara buat kek gula hangus

  1. Cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus dengan api sederhana (jangan dikacau).
  2. Bila gula sudah cair, tuangkan air panas.
  3. Bila sudah cair, sejukkan gula dan tunggu betul-betul sejuk.
  4. Cairkan mentega di periuk lain dan sejukkan.
  5. Bila keduanya sudah sejuk, pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata.
  6. Masukkan susu pekat dan kacau rata secara perlahan.
  7. Bila sudah rata, masukkan mentega cair dan kacau perlahan hingga rata.
  8. Tambahkan esen vanilla dan masukkan ayakan tepung dan soda. Kacau hingga rata.
  9. Masukkan gula hangus dan kacau rata.
  10. Tuangkan ke dalam loyang 7×7 inc yang sudah di lapik kertas pembakar dengan olesan sedikit butter.
  11. Perap aduan ini hingga 5 jam.
  12. Bila sudah perah 5 jam, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan sebelumnya dengan suhu 170 darjah hanya guna api bawah selama 45 minit.
  13. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
  14. Angkat kek dan sejukkan sebelum di potong.

Itulah resepi kek gula hangus (kek sarang semut / lebah) yang sedap dan lembut. Kalau setelah 45 minit kek tak masak, panaskan lagu semula hingga kek dah masak sempurna. Inilah hasil yang boleh cuba sendiri di rumah. Semoga sahaja anda berhasil membuatnya.