Resepi Cucur Udang Rangup dan Paling Sedap

  • administrator
  • Mar 03, 2023

Resepi Cucur Udang – Hampir semua orang suka dengan udang. Ada banyak masakan yang menggunakan udang sebagai bahan utama. Ada boleh membeli masakan udang di kedai makanan ataupun restoran manapun, pasti ada je masakan udang. Hanya sahaja harganya yang mahal membuat anda mesti terfikir lagi untuk masak sendiri. Oleh itu, saya akan kongsikan resepi cucur udang rangup dan paling sedap yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Resepi cucur udang rangup sudah tidak asing lagi di masyarakat. Namun tidak banyak yang tahu bagaimana cara buatnya. Cerita mulanya masa tu ada yang share gambar cucur udang di Instagram. Ia share apa saja bahan dan cara membuat cucur udang. Lepas saya cuba ternyata sedap sangat. Apalagi di lawan dengan kuah kacang. Rasanya rangup dan tak muak.

Resepi Cucur Udang

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di pasaraya dan langkah-langkah yang mudah diikuti, anda boleh menyediakan Cucur Udang Rangup yang enak dan memuaskan selera anda dan keluarga. Saya harap resepi ini dapat membantu anda untuk mencipta hidangan yang sedap dan memuaskan.

Bahan-bahan

  • 500 gm udang kertas jenis kecil – di buang kepala dan janggutnya
  • 3-4 sudu tepung gandum
  • 1 biji telur – di ambil putihnya je
  • 2 biji bawang besar – di hiris
  • 1 genggam taugeh – di cuci dan toskan
  • 1 cekak kucai – di potong pendek
  • 1 camca besar minyak masak
  • 1 camca teh cuka makan
  • 1 camca teh serbuk knorr
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa

Cara masak cucur udang

  1. Masukkan tepung gandum, putih telur, cuka makan, serbuk kunyit, air dan garam ke dalam satu bekas. Kacau hingga rata.
  2. Masukkan bawang besar, taugeh, kucai, minyak masak, serbuk knorr, serbuk kunyit, dan udang. Kacau lagi hingga rata.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng udang hingga terendam ke kuali. Mesti banyak guna minyak.
  4. Panaskan sudip leper dalam minyak.
  5. Keluarkan sudip dan sudukan kurang lebih 1 1/2 camca besar bancuhan cucur udang dengan sudip. Ratakan biar leper.
  6. Celup sudip dalam minyak panas dan biarkan hingga sedikit mengeras.
  7. Lepas tu, tanggalkan sudip dengan bancuhan cucur udang dengan hujung pisau perlahan-lahan.
  8. Goreng cucur udang dengan api sederhana hingga rangup dan berwarna keemasan.
  9. Akhir sekali, angkat dan toskan. Ulangi kaedah sama hingga habis.

Resepi cucur udang rangup dan paling sedap sudah siap anda sediakan untuk keluarga anda. Sekali menggoreng tidak boleh ramai dalam kuali, cukup buat 5 keping agar semua cucur udang rangup. Supaya lebih sedap, anda boleh lawankan dengan sos cili.