Resepi Ayam Masak Bali Sedap dan Simple

  • administrator
  • Mar 07, 2023

Resepi Ayam Masak Bali pernah menjadi viral di FB dan banyak yang share sangat sedap rasanya. Setelah saya mencuba sendiri memasak ayam bali, terus terang saya katakan rasanya memang sangat sedap. Bahan yang digunakan pun mudah sahaja dan masa penyediaannya pun tak lama.

Kelainan daripada resepi ini terletak kepada bahan utama yang menggunakan jumlah serai banyak dan daun kari yang dimasukkan semasa menumis. Bau serai dan daun kari ni memang membangkitkan rasa istimewa.

Resepi Ayam Masak Bali

Resepi ayam masak bali menggunakan anggaran 1 ekor ayam. Jika anda nak masak sedikit, masak hanya setengah ekor ayam dan kurangkan sahaja bahan yang digunakan. Untuk rasa manis saya gunakan gula dan hasilnya memang sedap. Jom kita tengok cara buat ayam masak bali paling sedap dan mudah.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – di bersihkan dan toskan
  • 1 genggam cili kering
  • 6 biji bawang besar merah
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inc halia
  • 2 inc belacan
  • 8 batang serai – di titik
  • 6 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • kicap

Cara masak ayam masak Bali

  1. Tabur serbuk kunyit dan sedikit garam ke dalam bekas.
  2. Gaul ayam dengan serbuk kunyit hingga sebati.
  3. Blend cili kering, bawang besar merah, bawang putih, halia dan belacan.
  4. Panaskan minyak satu cawan dan goreng ayam tak payah garing sangat.
  5. Angkat ayam dan masukkan serai. Goreng hingga separuh coklat.
  6. Masukkan daun kari dan tumis hingga garing. Gunakan api sederhana.
  7. Masukkan semua bahan blend tadi. Tumis hingga naik bau dan garing.
  8. Letakkan gula dan garam secukup rasa.
  9. Lepas tu masukkan kicap manis secukupnya je kerana dah manis dengan gula. Gaul hingga warna merah maroon.
  10. Bila sos udah masak, masukkan ayam. Masak selama 15 minit hingga sebati.

Resepi ayam masak Bali paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Baunya wangi sangat. Boleh dah makan seisi keluarga. Tujuan minyak lebih di atas supaya cili betul-betul masak dan garing. Minyak banyak tu untuk kasi mesra dengan serai dan daun kari juga. Ayam masak Bali ni akan mempunyai rasa serai, daun kari, pedas, masin, manis yang sekata. Kuncinya kena pandai balance rasa. Kalau guna kicap manis, kurangkan gula dan lebih sikit garam. Tapi kalau guna kicap masin, kurangkan garam dan lebihkan sikit gula.