Banyak masakan ayam yang nak saya kongsi, dan hari ini saya cuba buat resepi ayam masak lemon. Dah lama sebenarnya saya terpending buat ayam lemon. Ini salah satu kegemaran keluarga kami. Dulu pernah saya buat ala makan di hotel, hanya saya lupa menyimpan resepinya. Selepas itu saya cari di google dan tanya rakan FB. Sekarang campak-campak je bahan yang saya ingat. Tapi sekurang-kurangnya saya masih dapat melihat perkembangan resepi ayam lemon terkini.
Saya pun tidak berapa mahir buat resepi ayam lemon. Sama-sama belajar pun kita. Saya pun masih mendalami ilmu masakan terkini. Nak kata pandai tak juga, cuma saya hanya suka cuba dan share apa yang saya masak je.
Resepi Ayam Lemon
Cuba resepi ayam masak lemon ni kalau makan kat restoran boleh tahan harga dia. Padahal kalau nak buat sendiri boleh dapat banyak. Biasalah diorang kan nak cover cost lain lagi sehingga mesti markup harga. Oleh itu, untuk anda yang rajin masak lebih baik memang masak di rumah sendiri dengan resepi ni. Lebih puas hati dan terjamin kebersihannya. Jom kita tengok cara buat ayam masak lemon simple ni.
Bahan-bahan
- 3 keping dada ayam – di potong dadu
- 1 biji telur
- 3 sudu tepung jagung
- 1 sudu kicap cair
- garam dan lada sula secukupnya
Bahan sos
- 1 cawan stok ayam
- 1/4 cawan jus lemon
- 2 sudu gula
- 2 keping lemon
- bancuhan tepung (tepung jagung + air)
- 1 sudu minyak
Cara masak ayam lemon
- Gaul kicap cair, telur, tepung jagung, lada sulah dan garam hingga sebati.
- Masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
- Masukkan potongan ayam dan salut dengan tepung tadi. Biarkan sekejap.
- Goreng ayam yang telah di salut dengan minyak panas sederhana.
- Lepas setengah masak, angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam tadi.
- Masukkan perahan jus lemon dan hirisan lemon.
- Masukkan gula dan gaul hingga rata seketika.
- Keluarkan lemon dan masukkan bancuhan tepung jagung sikit-sikit hingga dapat kepekatan sesuai yang diinginkan.
- Biarkan kuah memekat, lepas tu masukkan ayam. Gaul hingga semua tersalut sebati dengan ayam.
- Angkat dan ketepikan.
Resepi ayam lemon paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Taburkan hirisan daun bawang dan bijan yang dah di sangai di atasnya. Kalau dah saya masak ni, anak-anak boleh makan satu pinggan habis kat depa je. Mesti kita buat banyak lagi. Tapi tu la buat sendiri ikut suka banyak mana pun.