Resepi ayam goreng kunyit boleh menjadi satu sajian yang sudah turun-temurun di telinga. Masakan ayam ini sememangnya di buat dengan warna kuning dan rangup, sehingga memiliki rasa yang sedap dan menyelerakan. Belum lagi dengan wanginya yang harum dari bumbu kunyit yang terasa dalam masa menggoreng membuat perut cepat lapar. Ayam goreng kunyit memang sangat pas disajikan dengan nasi putih panas.
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Saya sangat suka mencuba masakan yang ada di majalah dan buku masakan dari banyak negeri. Selepas cuba sendiri resepi ayam goreng kunyit, saya menjadi banyak tahu cara memasak apa je bahan yang ada. Cara membuat ayam goreng kunyit ini pun mudah dan boleh di cuba oleh semua amak di rumah. Sudah lama saya boleh masak ayam goreng ni, tetapi baru sahaja boleh mengongsikannya disini. Anda boleh menyediakan masa 20 minit untuk 2 orang. Jika nak tambah orang, boleh tambah kuantiti ayamnya.
Bahan-bahan
- 300 gm ayam bahagian dada – di potong kiub kecil
- 1 biji bawang merah – di hiris nipis
- 1 biji bawang besar – di hiris nipis
- 2 ulas bawang putih – di hiris nipis
- 1 biji cili merah – di hiris nipis
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 4 batang kacang panjang – di potong 2 inci
- 2 sudu minyak masak
- garam secukup rasa
Cara masak ayam goreng kunyit
- Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap selama 5-10 minit hingga meresap.
- Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api besar. Kacau-kacau dengan kerap jangan sampai hangus dan keras.
- Gunakan api sederhana dan masukkan bawang merah dan bawang putih dalam kuali dan kacau hingga naik bau.
- Masukkan bawang besar, kacang panjang, cili merah, dan gula. Kacau hingga sekata.
- Padamkan api dan angkat. Ayam goreng kunyit siap dihidangkan.
Sekianlah resepi ayam goreng kunyit rangup dan paling sedap yang boleh dikongsikan hari ini. Bila nak tambah sedap lagi, boleh tambah karot, sambal belacan, dan tuang sedikit kicap di atas nasi. Memasak adalah seni. Cubalah pelbagai masakan, mula dari yang di majalah dan internet, resepi turun-temurun dan terkini, hingga resepi luar negara. Selamat mencuba dan semoga berjaya.