Resepi Ayam Goreng KFC – Memang makan ayam goreng menjadi favourite kami sekeluarga. Kalau dapat makan tiap hari ayam goreng ni. Ayam goreng ala KFC memang masih yang terbaik. Tapi kadang-kadang rasa malas nak pergi bila nak makan ayam goreng KFC kerana jarak rumah jauh. Nak cari parking yang mudah satu hal lagi. Jika salah parking je boleh kena saman. Mesti lah beratur panjang. Kalau ayam belum di goreng pun terpaksa tunggu lagi 10 minit. Oleh itu, saya cari resepi di majalah masakan.
Resepi Ayam Goreng KFC
Sejak saya dapat resepi ayam goreng KFC paling sedap dan rangup ni, kami sekeluarga tak perlu lagi pergi ke KFC. Cukup beli seekor ayam dan goreng macam resepi di bawah ni. Memang rangup dan sedap. Kali ni korang tak perlu lagi lalui cari parking dan beratur panjang kerana telah terbongkar cara buat ayam goreng KFC di rumah.
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam – di potong sesuai kesukaan
- 8 ulas bawang putih – di tumbuk
- 3-5 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu serbuk kari ayam
- 2 sudu teh garam
- secubit soda bikarbonat
- secubit perasa / ajinomoto
- sedikit air
Bahan salutan
- 3 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu serbuk cili (sesuai citarasa)
- 1 biji telur – di pukul secara berasingan
- garam secukup rasa
Cara masak ayam goreng KFC
- Perap ayam yang telah di potong selama 1 jam dengan semua bahan perap di atas.
- Semua bahan-bahan salutan di gaul rata hingga ramuan tepung sebati.
- Lepas tu, pukul telur dan golekkan ayam dengan telur.
- Letakkan ayam yang telah di golek dengan telur ke dalam bahan salutan.
- Masukkan ayam ke dalam satu bekas yang ada penutup dan goncang hingga sebati.
- Goreng ayam yang telah disalut dengan tepung tadi ke dalam kuali.
- Biarkan ayam tenggelam dalam minyak panas selama 15 minit hingga ia masak.
Resepi ayam goreng KFC paling sedap dan rangup ni telah sedia disiapkan kepada keluarga anda. Memang terangkat bila makan ia pada masa tengah lapar. Lebih sedap makan ayam goreng dengan sos cili dan tomato pada masa-masa panas.