Resepi Ayam Golek 5 Bintang

  • administrator
  • Mar 09, 2023

Resepi Ayam Golek – Sudah ramai semestinya yang pernah makan ayam golek yang di jual di kedai ataupun buat sendiri. Ayam golek memang menjadi masakan ayam yang popular kerana rasanya sedap dan lazat. Harga ayam golek dah mencecah RM20 seekor. Oleh itu, anda boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah.

Resepi ayam golek mesti ramai di cari oleh ibu-ibu kerana buatnya yang mudah dan menjadi kesukaan seisi keluarga. Apalagi sekarang banyak ibu-ibu yang bekerjaya hingga tidak ada cukup masa di dapur untuk menyediakan juadah.

Resepi Ayam Golek

Semua bahan-bahan boleh di dapati di sekeliling rumah kita je. Tidak perlu pergi jauh keluar negara. Ayam golek ni macam orang jual di tepi-tepi jalan dan pasar malam. Jom kita tengok cara buat ayam golek 5 bintang.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – di basuh dan bersihkan
  • 50 gm marjerin
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 1 inc halia
  • 4 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu serbuk jintan manis
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu serbuk herba campur (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan buah pala)
  • 4 sudu madu
  • 2 sudu teh garam

Cara masak ayam golek

  1. Kisar bawang putih, bawang besar, serai dan halia hingga hancur.
  2. Campurkan bahan yang telah di kisar tadi dengan jintan manis, lada hitam, herba campur, sos tiram, kicap manis dan madu.
  3. Lumurkan semua bahan yang telah di campur tadi kepada ayam.
  4. Perap ayam selama lebih kurang 2-3 jam hingga rasa sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 1 jam.
  6. Sapukan lebihan bahan rencah ayam tadi dan butter pada oven.
  7. Bila tempoh memasak dan selesai, keluarkan ayam dan ketepikan.

Resepi ayam golek 5 bintang dah siap anda hidangkan kepada keluarga anda. Hidangkan ayam golek bersama nasi panas. Kalau ada yang tidak tahu herba campur, ia adalah serbuk herba campuran kayu manis, bunga lawan, buah pelaga, bunga cengkih dan buah pala. Herb campur macam resepi ni boleh di dapat dalam satu pek, pergi je ke pasaraya besar. Tidak perlu nak buat semua itu sendiri jadi lebih cepat dan mudah.